Tuesday, June 14, 2011

Mari bertanding!

Dulu kepalaku pernah bercelaru,
Melihat begitu banyak ragam-ragam dakwah,
Ada dakwah yang nampak mudah,
Ada yang nampak susah,
Ada yang kontemporari,
Ada yang jihadiy,
Ada yang main kuasa,
Tak kurang yang berjalan sendiri-sendiri,

Aku jadi terdiam,
Dan berfikir dalam-dalam,
Hatiku berteriak kuat,
Ya Nabiiii!!
Aku rindu kamuu!!
Saat itu air mata mengalir laju,
Fikiran dihentam seribu persoalan,
Ya Nabiii!!
Tunjukkanlah mana yang paling lurusss!
Mana yang paling benarrr!!
Aku ini hingusan sahaja,
Sentiasa berdosa pada Allah..

Motosikal ku menderu laju,
Membawa pergi baki-baki air mata,
Kan bagus kalau kamu ada di sini,
Kan bagus Ya Nabi..

Puas berfikir hingga bisikan jahat menyapa,
Kenapa begitu susah untuk berislam dengan baik?

Rupanya aku dapati yang menyusahkan itu adalah fikiranku sendiri,
Aku dapati fikiran orang-orang lain juga banyak ragamnya,
Tak dapat disamakan,
Tak dapat dibariskan satu baris,
Si bapa pun tak boleh paksa fikiran anaknya sama dengan dia,
Sama juga si isteri tak mampu samakan fikiran suami sama dengannya,
Walau dipaksa dan menuruti,
Namun hati tidak turut sama,

Akhirnya aku faham,
Rupa-rupanya Allah yang menciptakan begini,
Agar setiap orang itu, hidupnya dimaknakan dengan cara yang paling kena dengan dirinya,
Walakum a'malukum, walana a'maluna,
Ku fikir yang terbaik ini dan kau fikir yang terbaik itu,

Maka kita berbuatlah dengan benar dan sihat,
Aku dan kamu meraikan cara masing-masing,
Fastabiqul khairat..
Mari bertanding merebut redha Allah!

11 comments:

  1. berdakwah kena sesuai dgn peredaran zaman...lain masa lain org nya...lain orang...lain ragam nya...

    -Yok mampir diluk = ben ashaari: 5 blog pilihan hati..

    ReplyDelete
  2. Fastabiqul khairats !
    mari bertanding? ada hadiah ke - pahala
    mari berlumba - siapa laju?
    mari bersaing - berebut seseuatu ? mad'u ?
    mari.......
    mencari yang terbaik buat diri dan semua.

    nice post ukht.

    ReplyDelete
  3. tidak juge..
    mencari ikhlas dan pandangan kasih sayang Allah.
    i prefer that one ;)

    pada yg komeng2 di atas, thanx sudi membaca puisi ini.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya bagi pendapat saya, puisi ini untuk 'semua'. daei yang official dan yang 'tak brapa' official.

    Matlamat kita hanya satu,
    cuma jalannya beribu,
    jangan pula fikiran bercelaru,
    rujuklah pada mereka yang tahu,

    saja nak ber'puisi' jugak~
    mabruk!

    ReplyDelete
  5. kalau nak jadi da'ie, jgn ditunggu official, berjawatan, dan ada legality undang-undang segala bagai baru nak berdakwah. Istilah official dalam berdakwah itu tak ade sebenarnya. Jika Allah telah membenarkan, maka mengapa manusia sangat suka meletak-letakkan halangan hingga payah nak berdakwah.

    terima kasih khalifah

    ReplyDelete
  6. baru betul....dat's rite freshie.i just put some...trigger ~ huhu.

    ReplyDelete
  7. best!!..
    cari jln terbaik utk berdakwah..

    ReplyDelete
  8. ada typo sket kat atas,

    yang nabi!! tu rasenya nak tulis ya nabi!!
    dan walakum a'malukum, walana a'maluna~

    tapi saya suka sajak ni, teringat dulu
    masa awal-awal tarbiyah, rajin baca sirah..
    sekarang dah malas sikit.ish~

    ReplyDelete
  9. Allah.. macam manalah saya boleh tak perasan. dah dibaiki. terima kasih ibnu ghazali

    ReplyDelete