Saturday, March 5, 2011

Sengaja Tak Nak Kena Cahaya?

Assalamualaikum,

"Setiap hari kita bangun, ada matahari yang akan memancar terang. Semua orang akan terkena cahayanya. Tapi ada juga tak kena cahaya. Siapakah orang itu?"

Saya jawab, "Orang yang tidur".

Kawan saya jawab "Orang mati".

Kemudian dia menyambung lagi, "Ya..benar. Orang-orang yang tak terkena cahaya adalah orang-orang yang sengaja menghalang-halangi dirinya sendiri dari cahaya Allah. Sengaja bermaksiat, sengaja menutup-nutupi hatinya sendiri. Beberapa golongan ini, Allah pesan kepada Rasulullah, biarkan mereka. Kita bukak Surah Al-Kahf ayat ke 29"

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

"Fitrah manusia, jika berada dalam kegelapan pasti akan mencari cahaya. Betul tak? Tapi jangan tidak percaya, dalam keadaan cahaya ada di depan pun, ada juga orang yang akan sengaja menutupi diri dari cahaya itu, memberikan alasan-alasan yang bermacam-macam."

Astaghfirullah, terkelu sebentar. Saya doakan diri saya dan kawan-kawan sume adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang mencari cahaya. Insya-Allah. Oke, 2 komik comot untuk difikirkan (^_^). Selamat membaca!


14 comments:

  1. kak,mtk izin share..trimas~ ^^

    ReplyDelete
  2. kadang2 kite pn blh sesat dlm cahaya..
    mata celik tp xnmpk..mata hati, da rabun jauh dekat..Astaghfirullah..
    minta2 dijauhkanlah....

    ..mari mencari cahaya..

    ReplyDelete
  3. dale> silekanlah dale~

    syabab> hopefuly tak broken

    iman> mata celik tak nampak agaknye pakai spek itam tuh ^_^

    pencarituhan> begitulah adanya.. letaklah kat mana-mana pun

    ReplyDelete
  4. ye la agaknye..pakai spek hitam..
    sb takut dgn cahaya..hmmm

    ReplyDelete
  5. kalau dah biase duk dalam gelap memang fobia ngan cahaya. maknenye jgn duk lama-lama kat tempat gelap.

    ReplyDelete
  6. yah!!!..cepat lari...

    gelap>>>>>>>>>>>>cahaya

    ReplyDelete
  7. Sukaaa sngat ur blog! terus folo! hehe saya pon now tengah melukis short komik ...berunsurkan advice camni. =) xberapa pandai lukis, tp saya suka lukis! nk gunakan kelebihan yg kecil ni tuk sharing dengan orang lain. =) teruskan!

    ReplyDelete
  8. ohh saye pun da tgk blog kamoo..sy suke baca juge. :) selamat menulis yg baik2 ;)

    ReplyDelete