Assalamu'alaikum. Apa kabar? ^_^
Baik-baik aje harapnya..
Membina bangunan barangkali lebih senang daripada membina manusia.Walau pun saya tak pernah try, tapi saya agak yakin yang saya tak mampu buat bangunan seperti saudara-saudara Indonesia kita yang banyak berjasa membina bangunan-bangunan di Malaysia.
Kalaulah bina bangunan kena banyak sabar, bina manusia lagilah kena sabar,
Kalaulah bina bangunan kena ada strategi dan pelan, bina manusia lebih-lebih lagilah,
Kalau buat bangunan takleh sorang-sorang, nak bina manusia yang sorang pun tak mampu berseorangan. Percayalah! Mus'ab dan Rasulullah pun berteman.
Beza bangunan dan manusia adalah,
Bangunan adalah daripada batu-bata,
Kalau pecah boleh ganti batu baru, kalau retak boleh tampal-tampal,
Lain dengan manusia,
Walau pun mungkin hatinya nampak seperti hati batu, janganlah layan macam batu,
Bina manusia ini ada seni-seninya,
Dan tujuan utama yang kena ditanam di dalam kepala adalah,
Kita bina manusia untuk taat dan tunduk mengalah kepada Allah Rabbul 'Izzati,
Ketika nak membina manusia jangan mengharap mereka tunduk mengalah kepada kita,
kepada jemaah kita atau kepada persatuan-persatuan kita..
Nanti akan jadi sedih dan keciwa bila mereka mengucapkan selamat tinggal.
Lepas satu, satu. Eh silap! Lepas satu, dua kemudian tiga. Makin jauh kita cuba bina manusia, makin banyak kerenah kita akan jumpa. Tapi bersabarlah.
Amanah kita menyeru manusia kepada Allah dan menghalang mereka daripada buat perkara yang Allah tak suka. Soal mereka menerima atau menolak itu kerja Allah. Kita offer, sukati mereka nak bersikap bagaimana. Kalau mereka beralasan atau cuba lari pecut 100 meter daripada dakwah, nak wat macam mane? Tapi kita offerlah dulu dengan betul. Kita offer untuk berislam dengan baik, bukan offer untuk jadi pengikut jemaah yang baik dan lurus ikut semata. Ayat berterabur. Maaf. Ikhlaskanlah niat kita agar orang-orang yang kita ajak itu akan lebih ikhlas lagi. Dia akan dengar dan taat pada perintah Allah jika dia faham apa yang cuba kita sampaikan. Oleh itu marilah kita fahamkan diri kita dulu bahawa yang kita ajakkan atau sibuk-sibukkan ini adalah untuk membuatkan hati mereka tertaut rapat dengan Allah. Bukan kerana nak memenuhi arahan semata-mata. Ini bukan macam memenuhi jam kredit oi.. Bukan buat robot, bukan bukan bukan! Nanti pemikirannya jadi tak kreatif. Perintah ikut, larangan dijauhi, tapi kosong tak faham apa. Lama-lama jemu, lama-lama mintak izin keluar.. yang lagi best, keluar terus tak bagitau ape pun! Haha what you say??
"Tarbiyah itu menyakitkan". Iya, sakit. Sakit sebab kena korbankan perasaan suka malas-malas, kena korbankan duit, korbankan gelaran dan pangkat, korbankan tidur, korbankan rasa nak balik rumah selalu, korbankan rasa nak makan kat pinggan sendiri, korbankan rasa nak shopping-shopping, macam-macamlah! Tak ramai yang mampu buat semua itu melainkan dia faham kenapa dia kena berkorban. Bergembiralah dalam membina, bergembiralah menjadi orang yang dibina. Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Mad'u itu pun bukan milik kita. Serahkan semuanya hanya milikan Allah. Kita hanya mengusahakan. Itu saja. Moga Allah mengampuni kita semua. Ameen..
freshie
-petang yang hujan-
nak share..tengs~
ReplyDeletenk share juga
ReplyDeletehmmm... maenarik
ReplyDeletebetul, kite ni slalu terlepas pandang bab2 macam nih. tarik orang semata2 nak meramaikan ahli dalam jemaah/ persatuan. Kita tak approach atas sebab islam.
ReplyDeleteThanks 4 sharing :)
yup nusrah. manusia selalu mengutamakan bilangan, mengutamakan fizikal sampai lupa aspek2 ruhiy. Hassan Al-Basri pernah berkata, "Aku hairan dengan manusia. Selalu mengutamakan fizikal hingga mencarik-carik keimanan." Kalau kita perhati dengan iman, kita akan faham apa yang Allah mahu. Kan?
ReplyDelete