Monday, February 21, 2011

Akhlak Mulia Semua Orang Suka

Alhamdulillah baru pulang dari Borneo semalam.
Tersentuh betul saya dengan sifat ramah-tamah akhwat dari Sabah.
Orang-orang Sabah lembut betul ba...
Kesannya masih belum hilang sampai hari ini. Masih menyentuh kalbu.

Adalah besar nilainya apabila seorang yang beramal soleh menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan ramah-tamah dengan manusia yang lainnya. Lebih-lebih lagi orang itu adalah golongan yang mengajak manusia kepada Allah dan mencegah kemungkaran setiap hari. Subhanallah.. karakter insan seperti ini memang menyejukkan hati!

Dia berdakwah bukan dengan menyakiti hati, tapi dengan menyentuh hati. Padanya sesiapa sahaja yang dia jumpa adalah mad'u hatta orang itu adalah musuh. Hinggakan orang buat salah kepadanya pun dia tenang saja. Dia tidak gopoh membelasah orang-orang itu dengan kata-kata yang mengguris. Tidak juga langsung merendah-rendahkan orang itu. Dia yakin sekali orang mukmin itu tidak harus bersikap gopoh-gapah. Kepalanya tidak keras seperti batu, mulutnya yang diberi pinjam itu tidak mudah membabi berukkan orang sesuka hati.. Sebaliknya dia selalu sedar diri di hadapan Allah.

Kefahaman yang dia dapat, hidayah yang dia nikmati dan segala macam nikmat iman yang dia cicipi diterjemahkan melalui riak wajahnya yang tenang dan sentiasa tersenyum. Walau mungkin wajahnya tidaklah cantik bak model, tapi dia nampak sungguh cantik/handsome kerana senyumannya itu. Perkataan "Assalamualaikum" lancar sahaja meluncur keluar dari mulutnya. Kadangkala terdengar juga kata-kata orang, "Apelah baik sangat, takde semangat juang. Ajak gi demonstrasi lawan kafir laknatullah pun tak mau. Kalau semua orang Islam macam ini habislah kena ganyang. Asik halaqoh, halaqoh.. ".

Senyum saja.

Pastilah dia tidak begitu. Semangat juangnya bukan dibangun atas api kemarahan yang dikobarkan syaitan. Pantang sungguh dia melihat pejuang yang mencaci maki saudara sendiri dek kerana semangat asobiyah. Dia selalu sedar dan hafal akhlak Rasulullah. Kalau egonya itu perlu dikorbankan demi untuk mengajak orang kepada Allah, senang sahaja dia melenturkan. Kepada orang jahil dia bersabar, kepada musuh-musuhnya dia melawan dengan setimpal, kepada keluarga dan ibu bapanya dia berbakti, sahabat seperjuangannya dia muliakan... Inilah persis cerminan akhlak Rasulullah. Ketaqwaan dan kedekatan dengan Allah membuahkan akhlak yang mulia sesama manusia. Maka orang mencintai dia kerana agamanya. Tidaklah terjadi fitnah daripada amal dan ilmunya itu. Lembutlah hati orang di sekelilingnya untuk menerima dakwahnya... Tumbuhlah benih-benih mahmudah di mana-mana daripada pancaran keimanannya itu.

Mari membina akhlak cun
(^_^)

4 comments: