Assalamualaikum wbt,
Buat sahabat-sahabat semua, dan siapa-siapa sahaja yang menganggap saya sahabat mereka.
Kepala saya tergoncang sedikit pada pagi hening ini dan hati saya rasa tidak kena.
Nasihati saya andai ketika saya melukis atau menulis saya ada melalaikan kamu,
Nasihati saya bila nampak saya masih teraba-raba dalam soal perjuangan,
Nasihati saya bila ada saya menegur orang dengan cara yang menyakitkan hatinya,
Nasihati saya kalau saya melanggar waktu-waktu solat saya,
Nasihati saya bila saya liat sekali mahu bangun dari tidur,
Nasihati saya juga andai setelah saya menangis puas ketika 'sesi muhasabah' kemudiannya saya masih melakukan maksiat,
Nasihati saya tanpa jemu supaya saya tidak meletakkan dunia di hati,
Nasihati saya setiap kali melihat saya bersikap ujub, riak dan bangga diri,
Nasihati saya jika kamu mendapati saya lebih banyak bercakap daripada berbuat,
Nasihatilah saya kawan apa sahaja yang saya tersilap,
Saya akan cuba ikut...
Mungkin ini adalah seperti sebuah permintaan yang tidak malu,
Tapi saya benar-benar perlu.
Terima kasih kerana sudi membaca...
freshie
3.36 pagi waktu tempatan
Salam..
ReplyDeleteUkhti, aku memaafkanmu andai engkau pernah menyakiti hatiku dan aku juga mengharapkan engkau memaafkanku andai aku pernah menyakiti hatimu walaupun engkau tidak tahu siapa aku dan aku tidak mengenali siapa dirimu..
~SALAM JIHAD
oh curious pulak rase. saye ade buat salah ape ye? huhu
ReplyDeletesgt memerlukan sorg sahabat yg boleh menasihati+menegur+memimpin sy..eye to eye..hati ke hati.................hmm..
ReplyDeleteya..sama2la nasihat menasihati..
ReplyDeletetatkala hati ingin dijernihkan, banyak-banyaklah menyebut nama Allah dan membaca Alquran~
ReplyDeleteSAlam,sebelum tidur pandangilah pada cermin..,lihatlah pada wajah ..lantas tanyakan pada diri sendiri adakah selama ini pernah menyakiti hati orang lain walau dengan apa cara jua sekali pun..jika ada..sediakanlah memaafkan mereka walau dengan apa jua cara.., jika kamu pernah ada terlintas di hati menyukai akan seseorang maka luahkanlah..kerana dengan itu..hati kamu akan merasa tenang disebabkan dihati kamu tidak timbul lagi sebarang persoalan..,jika kamu merasakan segala perilaku kamu didalam berbicara,penulisan dan lukisan boleh menjerumus ketidakselesaan orang ramai..usahlah kamu bimbang kerana kami akan sentiasa menasihati kamu..yang pasti jika ada kesalahan kamu pasti kami dengan terbuka hati memaafkan kamu..yang penting kamu bertanyalah pada diri jika ada kesalahan kamu dengan ALLAH terlebih dahulu..salam.
ReplyDeletenak nasihat ape lagi..dah solehah dah pun cik freshie.
ReplyDelete- rusydee artz
salam mymind dlm 7 lautan,
ReplyDeleteya terima kasih. sy amat menghargai nasihat itu. lebih2 lagi ia nasihat daripada seorang yg byk mngembara.
terima kasih juga kpd semua yg menasihati. kalau 'saya rasa' sy solehah, lagi-lagilah ade orang kne nasihatkan. huhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteteruskan menasihati cik freshie ni sampai dia tepu dengan nasihat
ReplyDeleteTerima kasih cik freshie..alhamdulillah kerana anda di anugerahkan oleh ALLAH sebagai seorang yang solehah dan sentiasa yang berfikiran positif..
ReplyDeleteandai ada terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan sesungguhya yang baik itu datang dari AllAh dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri..Assalammualaikum
buat rusdee art..,Orang yang bijak adalah orang yang menilai dahulu tentang sesuatu perkara dan merima pakai sesuatu yang dianggap positif dan menolak dengan baik jika ada sebarang ketidak kebenaran..salam kemaafan jika ada ketidakpuasan.
ReplyDeleteJangan risau, saya tidak salah menilai. Saya memang tak puas hati! Tak puas hati dengan Najib!
ReplyDeleteWslm.
oh ade nasihat yg dipadamkan. yelah terima kasih semua. peace
ReplyDeletesalam kemaafan buat cik freshie andainya cik freshie x sempat baca apa yang sy tuliskan..,kekadang sy terasa apa yang sy tulis membuat orang keliru dan boleh menimbulkan sesuatu perasaan ketidakpuasan..kan sy ni kalau komen panjang bangat..huhu..,so..x mengapalah..jika ada sebarang persoalan mahupun sebarang bantuan berbentuk nasihat teruskanlah..
ReplyDeletenaper lama x bekarya..?
ReplyDeletesedang berkarya.. saya gagal memaksimumkan 24 jam saya supaya ada ruang utk berkarya secara berdisiplin. insyaAllah saya cuba
ReplyDeleteok sy senantiasa menanti sebarang karya2 dari anda..
ReplyDeleteenjoy yr artz..gd luck..,assalammualaikum w.b.t