Sunday, November 28, 2010

Saya bukan Artis

Salam. Adik laki saya umur 10 tahun kata saya lukis huduh. heheh. Yelah, memang pun..
Saya bukan artis. Saya saintis.

Tak heran lagi. Ramai je kawan-kawan lukisan saya yang bukan artis. Pada saya, lukisan-lukisan mereka ni lebih banyak manfaat berbanding lukisan artis-artis lulusan Faculty of Arts and multimedia. Lukisan diorang takde di pameran2 seni lukis atau balai seni atau diperam kerana terlalu mahal. Bagi yang sudah maklum, mereka ini adalah di kalangan doktor-doktor, ustaz ustazah, engineer, saintis dan macam-macam lagi. Takde basic seni lukis, takde sijil, bahkan pen lukis pun takde.

Yang anehnya lagi, lukisan mereka lagi cepat tersebar dan menyentuh ramai manusia. Sebab apa? Sebab basic mereka tarbiyah dan mereka melukis secara gratis dan tak dikaburi dengan ketakjuban terhadap lukisan sendiri. Haha. Sebab apa? Sebab diorang lukis biasa-biasa sahaja, huduh-huduh je dalam perkataan lain. Tapi apa yang membezakan? Mereka mahu berdakwah. Full stop.


14 comments:

  1. walaupun bukan di panggil artis ini adalah seni...
    lukisan yang macam ni bukan senang nk jadi orang mudah faham... good jobs my frenzzz...

    ReplyDelete
  2. Seni yg paling baik adalah seni yang mudah menyentuh orang lain (orang lain mudah faham) dan memberikan kesan yg baik kepada diri mereka dan orang yg bergiat dgn seni.

    Adik lu baru 10 taun, nanti dia dah besar dia akan salut dgn lu punya karya, gua garenti insyaAllah.

    Gua yg baru baca sinergi ni rasa dapat sesuatu daripada lu punya karya...komik katun tuh, walau simple tapi itu lah masalah gua dan gua rasa org lain pun gitu jgk.

    Gua yg benar.
    Amy Grundge..

    ReplyDelete
  3. Cik gua, alhamdulillah hati cik gua disentuh dengan izin Allah.. Mudah-mudahan disentuh dan dibentuk lagi insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. salam..

    alhamdulillah, makin ramai yang nak melukis kerana Allah.
    tapi dalam melukis-lukis, jangan lupe terjun sendiri dalam ummat.

    bile baca blog ni, rasa nak melukis gak. tunggulah nanti, hasil karya ibnu_ghazali.. huhu~

    ReplyDelete
  5. salam..
    ya..freshie,
    biar nmpk huduh tp ada rasa cantik..

    ReplyDelete
  6. salam.

    Cikgu suka kartun yang pertama tu. Kita banyak habiskan masa memberi alasan tetapi orang lain dan sampai ke puncak.

    Bagus juga menggunakan medium ini dalam dakwah, mad'u lebih mudah tertarik.

    Gunalah bakat yang ada, walaupun adik sendiri kata lukisan buruk :)

    ReplyDelete
  7. Cikgu, adik saye kate lukisan saya huduh, bukan buruk. hehe.

    ReplyDelete
  8. semat doh ni..apo pulok huduh..apo la..bersyukur lah dgn tgn kito..huk2

    ReplyDelete
  9. huhu. okey okey. bersyukur kepada Allah, bersabar sepanjang waktu.

    ReplyDelete
  10. Ingat, lukisan sebagai wadah untuk menyampaikan Islam.

    ReplyDelete