Raya korban biasanya kita tengok orang sembelih lembu atau kambing. Pastu kita tengok kat TV orang pusing-pusing kat Kaabah menunaikan haji. Sepanjang hari juga kita dengar takbir raya sampai Isya'. Kemudian kita makan macam-macam jenis masakan daging sampai sakit perut. Mungkin inilah trend kebanyakan sambutan raya haji di Malaysia. Ramai orang akan balik dari haji, berduyun-duyun banyaknya.
Namun sejauh manakah masyarakat kita berubah, berapa banyakkah bilangan pemuda-pemudi yang sanggup berkorban harta, jiwa dan raganya untuk agama Allah?
Mungkin tidak ramai, ya memang tak ramai.
Sebab sambutan raya haji adalah satu budaya, langsung tidak difahami, apatah lagi dihayati.
Oke, one comic for all
Salam Aidil Adha daripada saya,
-freshie-
(baru lepas membasuh periuk-periuk)
Haha.. Sungguh bangga muka pokcik tu..
ReplyDeleteEm, ramai yang pergi haji semata-mata nak title. Baik tak yah pegi. Bagi kat orang yang tak mampu tu ha..
No komen ttg niat. Niat setiap orang ke haji kita tidak tahu. Kita cuma nampak natijahnya sahaja. Silekanlah pokcik pegi haji, tapi pokcik hendaklah bertambah malu kepada Allah dan meningkatkan ketaqwaan pokcik. Pokcik yang balik haji semoga bertambah-tambah infaqnya kepada umat, bertambah baik perubahan yang dia lakukan ke arah mendidik isteri dan anak-anaknya insyaallah
ReplyDeletesalam aidil adha dari perantauan.
ReplyDeletehehe..lawak2..tapi mmg btol pun...kdg2 kita kikir dalam berinfak ke jalan Allah...
ReplyDeletebagus..seperti biasa mantop.
ReplyDeleteseimura> salam ziarah seimura dari rantau panjang
ReplyDeleteezan> apa kamu kata ezannn?! lawak? ish ish ish
dee> takdok eh. blog faniafnan lebih manthob
Usahlah sampai jadi macam kes seorang artis yang menghina Khadijah ummul mukminin. Sudah pergi haji tapi masih dengan perangai lama. Orang tanya kenapa, dia tanya tak mahu hipokrit.
ReplyDeleteBukan mahu malukan sesiapa, hanya mahu sama-sama ambil pengajaran.
Buang keruh, ambil jernih.
saya amat benci orang yg suke kata 'i taknak hipokrit'. bile kena buat amal soleh, terus keluar alasan seakan2 nmpk bagus 'i tanak hipokrit' tu. entah apen bende yg die faham psl hipokrit.
ReplyDeletehipokrit atau munafik itu salah satu cirinya banyak beralasan. alasan yg dicipta kadang2 sgt indah. cth disuruh berkorban sdikit utk berdakwah, alasan yg best ialah, sy kena ikut ckp mak ayah saya, diorang tak bagi sy keluar rumah dan perabis byk duit utk org lain. makanya sy kena taat dan jaga hati mereka selalu. kan syurga di bawah telapak kaki ibu! fusshio! itulee rata2 mentaliti org yg tak paham maksud 'birru wallidain'.. tp di sini sy bukan promote kalian menderhaka, tp cubalah faham mksud birru wallidain yg sy cakapkan tadi.