Monday, May 3, 2010

Tangan Kanan vs Tangan Kiri?

InsyaAllah untuk memanjangkan manfaat, saya letakkan komik ini di sini. Pagi ni saya terbaca komen yang dihantar oleh sahabatku, cik analytical blue ttg komik ni,
Salam. Asif, lukisannya cantik cuma pada pandangan ana, sebaiknya dianjurkan juga akhlak yg terbaik dan mengikut sunnah walau hanya dalam lukisan.. iaitu, makan/minum menggunakan tangan kanan.
Dari kitab riyadhus solihin:
Umar bin Abu Salamah r.a berkata; "Ketika aku masih kecil di bawah asuhan Rasulullah SAW, tanganku mengulur ke wadah makanan. Melihat itu, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,'Hai anak kecil, bacalah basmallah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang dekat'" (muttafaqun 'alaih)

Alhamdulillah, teguran analytical blue insyaallah amat bermanfaat. Anyway, thumbs up utk komik ini! Isinya bagus. Sebenarnya saya juga pernah buat silap masa melukis atau design. Tak perasan tangan belah mana yang kita buat tu. Rasanya Menoufiaz juga mungkin tak perasan. Mujurlah ada pemerhati-pemerhati yang agak melankolik. Hehe. Dapatlah kita tau rupanya kita tersilap.

Insyaallah kepada para pelukis dan seumpama dengannya, moga kita kita lebih teliti lepas ni, terutamanya dalam perkara bersangkutan sunnah Nabi dan isi Al-Quran. Komik-komik yang dibikin moga-moga menjadi madah untuk kita memaparkan akhlak-akhlak yang mulia bukan akhlak entah apa-apa. Kita tak perlu buat aksi gaduh-gaduh, bunuh-membunuh macam komik jepang. Komik kita untuk menyampaikan kebaikan, bukan semata-mata untuk ikut trend. Wallahu'alam. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri,.

Dalam surah An-Nisa' ayat 79,
Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi rasul kepada seluruh (manusia). Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.

11 comments:

  1. Teguran buat diriku juga..
    Alamak, takleh ke aksi bergasak? Hehe..

    ReplyDelete
  2. bukan begitu. put the trend in the right way. komik itu juga trend. tapi jgn sampai trend menghapuskan nilai2 syariat yang suci

    ReplyDelete
  3. Pemerhati melankolik? Pemerhati sedih?

    ReplyDelete
  4. maksud melankolik disni, pemerhati kepada benda2 yang mungkin sesetegah org take it for granted, tp org2 jenis melankolik ni dia perhatika dari sekecil2 benda sehingga sebesar2 benda..cukup detail..
    p/s: afwan ye freshie tlg jwb..

    ReplyDelete
  5. freshie makin matang dalam komen dan lukisannya ..tahniah adik ...selamat maju jaya dlm kehidupan di dunia dan akhirat...amin :-D

    ReplyDelete
  6. komik2 mfrstudio lebih membina saksiah kot..

    ReplyDelete
  7. syukran to ahmiezz tolong jawabkan.

    Anonymous, bukan perbandingan yang kita nak buat kat sini, tapi pembaikan. mfrstudio ada stailnya sendiri dan saya sendiri suka stail komik dia. akhlak2 baik ditonjolkan secara selamber dan kita tenang baca komik mfr.

    akak sweet--> (T__T) terharunye..akak telah mendoakan saya dengan satu doa yang baik..amin..

    ReplyDelete
  8. opss..

    ^_^ Yup, mungkin juga ana seorang pemerhati melankolik.

    Kerana.. jika tak melankolik dalam memerhati, sukar untuk kita menganalisa sesuatu dengan baik, terutamanya dlm gerak kerja dakwah.

    Sebab tu.. pentingnya "analytical thinking".
    And.. analytical_blue. Huhuhuh.. jgn marah ye. gurau aja.

    Betul la.. FRESHIE semakin matang. Yeay!!

    ReplyDelete
  9. hah tu die cik analytical reply secara analitik. mujur tak keluar statistik sekali. hehe. ok gurau je. freshie maksudnya mentah. dia jadi semakin matang sejak bersahabat dengan analytical_blue (^__^)

    ReplyDelete
  10. Kalau dah matang, mana boleh guna nama Freshie.. Kan? Hehe..

    ReplyDelete
  11. boleh la guna nama "Matured" pula... tapi macam tak sedap je...

    ReplyDelete