Monday, April 26, 2010

Fragile Da'ie

Assalamualaikum semua. Sawang-sawang dicuci, debu-debu dibersihkan. Jom layan..

Disentuh goyah,
Digenggam retak,
Dihantuk pecah,
Fragile, rapuh, seperti kaca adanya.

JANGAN JADI FRAGILE!

Teman-temanku, dengarkanlah,

Duhai hati, tarbiyah itu kan baik. Dakwah itu kan mengubahmu. Jadi sang hati, izinkanlah tarbiyah masuk. Biar ia buat sesuatu. Kau cubalah tahan sekejap. Jangan pecah. Jangan hancur berkecai. Tahan sedikit ya.. Allah mahu kita rasai kebahagiaan itu. Ia untuk hati-hati yang terpilih. Hati yang pernah berhubung dengan-Nya. Hati yang pernah duka sengsara dahulu. Lalu hati itu minta dicuci. Tahan sekejap ya.. Biar bergenang, menitis air mata ingatkan Allah. Dengan penuh rasa kehambaan dan pengharapan, Dia Murabbi Paling Agung kita. Kita sabar ya, kita kuatkan langkah-langkah kita. Please, jangan kita pecah. Marilah saling menguatkan satu sama lain. Membina bangunan yang kukuh bersama-sama. Fragile me and fragile you, we can create a synergy together. Ayuh sebarkan kebaikan di muka bumi ini. Cukuplah menjadi fragile


freshie
11.12pm
puncak alam

20 comments:

  1. Assalammualaikum wbt..
    menarik posting ni
    alhamdulillah ana sngt nk kne sentuhan tarbiah dan dakwah..
    tpi tu la
    hti ana x kuat
    walau tahan sekuat mane
    tetap kecundang
    kdg2 rse buntu
    rse kotor sngt hati ana
    smpai sng sngt kecundang
    sampaikan terase kosong..
    hati ana x kuat sngt la
    hmm
    mcm mne ye
    cume nk mntk pentapat enta..
    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Thanks adik...ermm lukisan yg penuh bermakna... semoga sentiasa dilimpahkan cahaya keimanan buat kita semua kan ... hari ni akak telah di goda dengan keindahan dunia...mudah2an Allah membawa akak kepadaNya ...Amin :-D

    ReplyDelete
  3. ana rasa la..dari lukisan saudara freshie..utk menguatkan hati, kena rujuk kembali pada kitab Usul al-dakwah karangan Abd.Karim Zaydan. Sekian, wabillahi tawfiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullahi..wabarakatuh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam wbt sedara Qam.

    kalau nk ikutkan hati enta, same je materialnya dgn hati2 kami. kuat tak kuat tu enta yg kene bina. tahan bukan sekadar tahan, tapi kena bina lagi kukuh. kena upgrade. bila rasa lemah, dekati orang-orang soleh. jangan lari dari mereka. enta boleh insyaallah

    sifat hati ni mmg fragile. sbb itu kena isi selalu. hati ni akan ikut apa yg enta pilih. menyucikannya atau mengotorkannya? untung rugi atas pilihan sendiri bukan atas dasar hati enta lain dari org lain. okes.

    akhi syabab ada kasi rujukan tu. bolehla telaah ckit. jazakallah akh.

    Sweet Purple> insyaallah kak, ameen..Allah amat dekat kalau kita mahu dekat

    ReplyDelete
  5. Penantian berakhir.. :)
    Berbaloi menunggu. Santek lukisan dan warna..

    Em, kalau hati dah pecah camne nk kasi elok balik?? Mana boleh beli baru.. Ke buat pembedahan?

    ReplyDelete
  6. salam..wah..nice one..really like this..
    peringatan utk diri sendiri juga.. terkadang iman yang dijaga rapi, jatuh tersungkur..namun, apa yg penting bngkit dan selalu bangkit..teringat pesan seorg ikhwah "Jangan biarkan syaitan mentertawakan kamu"..
    btw.. susah jgk ye nk cari ide melukis neh..huhu..

    ReplyDelete
  7. Fragile Heart...
    Was broken before...
    But to remember always...
    That heart will always regenerates...
    But it will be..
    If only you want it to be..
    So..
    PRESERVE your heart and REGENERATES it!

    p/s : nampak ceria sikit tanpa sawang. keep up the good effort..

    ReplyDelete
  8. fragile...bersihkan hati...bersihkan hati :)

    ReplyDelete
  9. hati-hati menjaga hati...jika di biarkan.. konfem hancus iman didada...

    ReplyDelete
  10. Untuk hati yang mati..Menurut imam Ghazali:

    Carilah hatimu di 3 tempat.
    1-Ketika solat
    2-Ketika bertilawah, hayati dan faham maknanya
    3-Ketika mengingati mati
    Dan jika ketiga-tiganya tidak dapat membantumu, maka berdoalah pada ALLAH agar dikurniakan hati yang baru.

    Err.. kalau hati pecah, mungkin boleh juga kot guna cara yang sama untuk ubati hati yang mati ni. Cuma kena usaha lebih lagi sebab susah juga nak tampal, apatah lagi mencari serpihan-serpihan yang mungkin hilang entah ke mana.

    *geli tengok muka dia pecah-pecah macam tu.
    '~' Doakan hati kita sama-sama jadi lebih ductile, high tensile strength and high young's modulus ye.

    ReplyDelete
  11. herm..
    bila tengok orang melukis,terasa ingin juga melukis..

    hati-hati buat empunya hati,
    kerna hati itu tidak boleh ditukar ganti,
    bila hati itu sudah mati,
    bagaimana kan bangkit lagi si empunya hati..

    bila hati sudah mati..macam best kalau buat
    sajak~

    ReplyDelete
  12. fushh, yg reply ni pandai berpuitis belakee..tinggal praktis je

    encik mior, tu font breakaway

    ReplyDelete
  13. salam..
    tiada apa yg dapat menahan hati drpd mnjdi fragile melainkn dengan tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.Tarbiyah rohani yang sbnarnya dapat melahirkan hati yg teguh, kuat dan kental terhadap godaan nafsu, syaitan dan godaan duniawi yg smkin melemaskan.

    ReplyDelete
  14. Hati itu adalah wadah bagi sesuatu. Hati yg di isi dengan iman dan ketaqwaan pada Allah, maka zahir hatinya itu adalah realisasi kepada keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah. Namun hati yg di isi dengan selain itu, maka zahirnya adalah seperti yang dia isikan dalam hatinya.

    Adakah fragile itu akan membuatkan kita lemah?

    Tidak, kerana itu diperlukan ketika kita sendirian memuhasabah diri, mereung silap dan khilaf yg kita lalui, juga kesusahan orang lain yang tidak begitu memiliki.

    Namun frigile itu dilontar jauh ketika genderang dakwah dan jihad bertalu-talu dipukul. Ketika cemuhan dan ejekan daripada objek dalam perjalanan terlempar ke muka, dan ketika kesilapan diri dibetulkan si sahabat yang rela berduka-lara.

    Jadi letakkan fragile pada tempatnya.....

    ReplyDelete
  15. Subhanallah, benarlah anonymous! tak terfikir pun. sungguh di depan Allah kita sgt fragile

    ReplyDelete
  16. massyyyaaarakaaat...

    sungguh menguji keteguhan iman..
    moga2 kita semua menjadi daie yg "steel"! \(^__^)/

    kak freshie, nak minta gambar ni ya..:)

    ReplyDelete
  17. herm..tapi bak kata beberapa alim ulamak,
    qalbu itu bermaksud jantung,bukannya hati,
    tapi entah macam mana sampai kat orang melayu,
    qalbu jadi hati..

    btw,menantikan artwork yang lebih mantap pasni,
    sebab tengah cuti sekarang kan??

    ReplyDelete
  18. insyaallah ibnu ghazali nantikan karya saya mungkin akan sampai ke utp juga nanti. sungguh saya bukan student lagi. harap maklum

    ReplyDelete