Sunday, February 28, 2010

Kasihan Gadis Cantik itu

Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..

Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Kapan mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk,
Gadis itu sungguh kasihan..

-freshie-

9.26 am
1 Mac 2010

20 comments:

  1. macam terkene ke muke sendiri.. aduuhhh~ berbisa

    terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  2. oh, anonymous ialah gadis cantik

    seimura juga mungkin si gadis cantik (^^)

    ReplyDelete
  3. kasihan si gadis itu...

    ya ukhti.. bantulah gadis cantik itu ya. ^_^
    Moga dia menjadi gadis yg benar2 cantik ruhani dan jasmani.

    Eh, anti pun.. kena pakai purdah la.
    FRESHIE>>Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali.
    Huhuhuh..

    ReplyDelete
  4. salam ya ukhti

    nice entry.

    i just wonder...


    what she has to do if she wants to marry a man with the same fikrah but her parents do not allow her to marry yet, as they think she's too young and she has to finish her study first?
    but on the same time, she can't stand to be disturb by those people; Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah, lelaki yang kononnya 'mahal'. she thinks she needs to marry.
    iman,iman,iman. i believe, shewants to protect her iman.

    and about the purdah...
    she does not refuse to wear it. she knows, her beauty may become fitna,
    but,
    maybe she thinks a lot about her course and her future career... although she knows mardhotillah is most important than anything else.

    atau ini semua sekadar alasan si gadis cantik...
    can you give your opinion, ukhti freshie or anyone else.
    jzkk

    ReplyDelete
  5. Kali ini bukan lukisan yang bercerita. Tapi memang Freshie yang bercerita. Hehe.

    Em, bagaimana dengan soalan di atas ini?

    ReplyDelete
  6. ohh cemas2. xreti nk jawab. inilah jadi kalau bukan lukisan yg bercerita. heheheh. freshie or anyone else? anyone?

    ReplyDelete
  7. "what she has to do if she wants to marry a man with the same fikrah but her parents do not allow her to marry yet, as they think she's too young and she has to finish her study first?"

    CADANGAN: Banyakkan cerita pd parents time sembang2 depan TV ke, time tlg masak kat dapur ke, time minum petang ke...ttg masalah umat skrg, student U ramai yg zina etc. Fahamkan family, kondisi umat skrg. Pentingnya nikah awal. Dan, the young girl mestilah tunjukkan akhlak yg baik, kat rumah.. dia yg bangun paling awal, tlg buat kerja etc. Jadi seorang yg matang dlm pemikiran dan budi pekerti. Barulah tak lagi dikatakan you're too young to married. Reminder, jgn ceritakan itu semata-mata tujuan untuk menikah, tapi untuk membetulkan pemikiran parents kita. Niat kena betul tau. + Banyakkan doa pada ALLAH.

    "but on the same time, she can't stand to be disturb by those people; Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah, lelaki yang kononnya 'mahal'. she thinks she needs to marry.
    iman,iman,iman. i believe, shewants to protect her iman."
    CADANGAN: Banyakkan puasa sunnat. Tiada cara yg lebih baik dari ini selain nikah.

    Dan sekadar perkongsian apa yg selama ni disharekan oleh akhwat yg dah nikah.. Yang masih belum nikah ni, sebenarnya masih belum diberi kemampuan oleh ALLAH. Bukan mampu dari segi duit sahaja.. tapi, masih banyak sisi-sisi yang belum mampu itu. Mungkin dari segi iman kita, mungkin dari segi pemikiran dsbgainya. Maka, cuba kita renung2kan. Parents tidak bagi bukanlah alasan utama sebenarnya kita belum nikah sampai skrg, tapi mungkin kerana di sisi ALLAH, kita masih belum mampu untuk memegang amanah sebagai seorang isteri,seorang menantu atau seorang ibu.

    Wallahua'lam.
    Pasal purdah.. kna tanye freshie si gadis cantik itu. Ana tak berpengalaman.

    ReplyDelete
  8. amboi cik analytical sedapnye ayat last tu. ape pun bagus jawapannya. terime kasih deh. saya rase sy tau sape anonymous ni. ehehe.

    tentang purdah, sy pun xberpa reti nak komeng. purdah dikatakan perlu dipakai andai kata gadis itu terlalu hodoh atau terlalu cantik. Disebabkan kedua2 jenis rupa itu boleh mengundang kpd fitnah, maka logiklah andainya dia memakai purdah. Tentang hukum berpurdah pula, sy tidak arif. Perlu ty kpd org yg fakih ttg hal ini. Sekianz

    ReplyDelete
  9. salam.. nice entry

    menusuk kalbuku..ya kesian gadis cantik itu.

    ReplyDelete
  10. kasihan deh ~

    menunggu untuk mnikah dengan yang berfikrah..
    sampai kapan aja mau nunggu ~

    Allah tunjukan jalan permudahkan urusan..tidak ingin aku cemari saf tarbiah ini dengan kemaksiatan di hati..

    ReplyDelete
  11. slm wbt, furdah ya?
    hmm..nak kongsi pengalaman..hehe

    saya tak pakai furdah, dan pernah terfikir nak pakai.
    tapi saya bukanlah berwajah begitu cantik, alhamdulillah lengkaplah.

    cuma, bila saya nak naik motor, saya akan ikat muka dgn kain hitam sebab xmau habuk semua lekat kt muka (kes dah pernah ter-makan batu, pasir, habuk ujan..huhu)

    tapi sudah bnyk kali, ketika saya sudah ikat muka dpn kwn2x lelaki--> saya nampak mereka berwajah 'amaze'..err, saya tak suka apa yg sy fikir, tapi sy rasa sy nmpak lebih menarik. sempat pula beberapa lelaki org pernah memuji..erkk~ (bukan ditempat sama, di tempat berlainan, jenis ketayap dan rambut tegak yg berlainan juga, haishh)

    rupanya mungkin bahagian mata & kening merupakan aset saya..jadi barangkali mereka terbayangkan gadis cantik jika saya memakai penutup wajah..mungkin same apply to furdah.

    jadi, saya rasa seram mahu tutup muka lagi..huhu. alhamdulillah skrg sudah naik kereta.

    ada kene mengene ke??

    ReplyDelete
  12. hahaha kelakar pulak crite si pelangi ni. apa2 saja yg kita nk buat, biarlah perkara tu memudahkan kita dlm beragama. tidak jumud, tidak rigid, tapi berpatutan. insyaallah. bersederhana

    ReplyDelete
  13. tak pandai melukisMarch 3, 2010 at 7:59 AM

    salam..wah kreatif kak freshie ni.pandai melukis,boleh bermadah pulak.subhanallah,saya suka lukisan2 akak.mintak izin copy ya..utk simpanan.teruskan melukis.

    drawing is a gift...

    ReplyDelete
  14. salam...lama x menjenguk ke blog freshie
    freshie kini sidah beralih dari lukisan ke tulisan?
    namun tetap sinis dan bermesej...(??..*_*!)
    eheh
    anyway, yea, stuju, pape pon wat kite kene berusaha letakkan islam 1st dalam segla kerja kita...diri yang berkata ini bukan yg terbaik tapi mengharapkan yg terbaik
    wallahualam~

    ReplyDelete
  15. bukan beralih.. cume menambah cara. dah tu nk melukis lembap nk siap. tulis ajolah.

    lalu ezzat, kalau islam tu nombor 1 mungkin kamu juge sedang sibuk dlm berislam kan. smoga sukses!

    ReplyDelete
  16. Cuba tengok blog ni..
    http://simplebutnice1209.blogspot.com/

    Katanya nukilan dia. Siapa punya sebenarnya. Huhu.

    ReplyDelete
  17. oh biarlah die..
    kasihan die. die baru belajar berkarya
    mahu berdakwah kepada org lain juge..
    biarkanlah die..
    saya tak kisah..

    haha puisi baru

    ReplyDelete
  18. herm..
    satu rintihan ataupun pandangan?

    wallahua'lam,terlampau muda untuk 'menjaga',
    itulah kata-kata ibu bapa yang berputar-putar di
    kepala.

    semoga mereka yakin dengan apa yang kita bawa,
    semoga mereka yakin dengan kata-kata kita,
    semoga mereka yakin siapa kita.

    nice puisi,terasa kesian..

    ReplyDelete
  19. itu cuma bebelan ibnu ghazali..

    terlampau muda utk 'menjaga' itu apa maksudnya?
    semoga mereka yakin dgn Allah. insyaallah kendian segala yg membawa mereka dekat kpd Allah akan diyakini

    ReplyDelete