Tuesday, November 24, 2009

Mari Tengok Komik Ini

Ini komik matang. Komik islami yang sgt aku rindu. Isinya tebal, ia tidak mahal. Komik ini buat aku teringatkan Allah, terfkir tentang kekurangan diri. Pada setiap helaian komik ini, tidak serabut dengan nama pelukisnya. Segalanya isi kecuali pada kulit depannya. Kata penerbitnya, "Jangan lihat pada jenaka atau sindiran yg dipaparkan tetapi cuba fikirkan mesej yg ada di sebaliknya". Ini buat aku rasa terpukul sbb sudah terbiasa duduk dlm suasana kritik-mengkritik lukisan. Memang banyak komik sekarang lukisan mantap tahap gaban tp isi kurang matang tahap hingusan. ops.

salah 1 contoh komik pendek di dalamnya
(sori ya, gmbr2 ni amek pakai webcam laptop. kurang cantik sikit)

13 comments:

  1. itu global ikhwan punye komik lah.

    global ikhwan=rufaqa=al arqam.

    sekarang pihak jabatan agama seluruh negara sedang memantau global ikhwan, dan pihak global ikhwan minta semua ahlinya menyorok sekejap.

    web mereka ikhwantoday pun dah tutup. semua video-video di youtube diarahkan oleh pimpinan global ikhwan untuk dihibenasikan sekejap sebelum signal baru diberikan oleh ummu jah.

    global ikhwan menekankan dakwah dari ahlinya mestilah datang dari elemen korban harta dan diri, keuntungan bisnes ahlinya disalurkan pada jemaah maka sebab itulah dakwahnya terkesan di jiwa, sebab ahlinya berdakwah sambil berkorban.

    namun,pihak jemaah memanipulasi semangat ahlinya untuk menaikkan abuya mereka, pada ahli mereka adalah doktrin yang tak salah sebab iktikad abuya mereka memang wali, putera bani tamim, penolong imam mahdi. tapi bagi kita yang sudah tahu siapa asaari muhammad, isteri dan anak menantunya, kita tahu doktrin mereka ghuluw malah boleh bawa syirik.

    ReplyDelete
  2. ya saya tahu juga ttg global ikhwan. tp kangen dong. lagu2nya, penulisannya, komiknya membekas amat di hati. lain dari yang lain. meski pun jemaahnya diragui, hal2 positif yg mereka bawa apekah kite xboleh terima langsung. arghh rindu!

    ReplyDelete
  3. erm... rindulah nk baca majalah kartun dakwah mcm nie lg.

    roti ikhwan pun laris di pasaran :)

    ReplyDelete
  4. oh meo peminat lukisan indie. lukisan dlm tu pun style independent jgk. xpernah makan roti ikhwan. bagusnya kalau ada

    ReplyDelete
  5. saya menyokong pandangan mfr. perjuangan dorang tu bagus, namun apabila perjuangan disulami akidah yg terpesong maka sy tidak lagi support perjuangan itu.

    ReplyDelete
  6. antara the good things about arqam yang menaikkan mereka ke suatu tahap yg hebat dulu seperti penekanan dari segi ekonomi spatutnya kita contohi
    among others, kehebatan dan kesungguhan mereka berdakwah
    yep, yg positif about them kene kita still try to apply
    jgn terkejut kalu sy cakap saya admire hitler, of coz he's a cruel dictator dan akidahnye salah, tapi keberaniannye & determination mencapai dreamnya menjadi inspirasi saya (bukanlah nk kata saya ketepikan tokoh2 islam...lol) just to say that the positive aspects of an organisation or individual bolehlah kita contohi
    kan semua nilai2 yang baik itu nilai2 islam...
    heh

    by the way, saya blom pernah jumpe komik ini
    cume masa kecik dulu saya pernah baca komik berlawan dengan jin (...ke berlawan dengan syaitan?...dah xigt dah)
    yang tu seronok utk baca...dan byk jugak sy blaja dari situ
    ~peace

    ReplyDelete
  7. yes pokoknya elok lagi komik sebegini yg mencetak pemikiran golongan muda berbanding komik2 yg hy memberi keseronokan sementara kemudian xdpt apa2. nilai2 baik itu nilai2 islam. insyaallah. soalnya kalau mahu baca buku, mahu ikut jemaah, mahu dengar ceramah, mahu apa pun rajin-rajinlah berfikir dgn kritis dan berguru. masalah org melayu adalah malas berfikir.

    ReplyDelete
  8. masalah orang malas berfikir adalah masalah melayu.

    ReplyDelete
  9. salam.
    mmmm.. komik kalo yang dedulu say minat = majalah LANUN yang Ujang punya tu... lawak sinis + bodoh yang sangat bermesej

    bila si Ibrahim Anon tu nak buat balik.. asyik ke Kenyir memancing je kejenya.. :)

    ReplyDelete
  10. saya xkenal la pulak Ibrahim Anon. tp tu le mslhnye. majalah yg ok2, yg berani2 selalu ade problemo nk lepas kementerian hasil. selalu xtahan lama kat pasaran. elok lagi la berkarya kat internet ni ha.

    ReplyDelete
  11. hehe... Ibrahim Anon tu Ujang laa... nama sebenor dia

    ReplyDelete
  12. oh Ujang..kat RTM ade drama adaptasi komik ujang, Aku Budak Minang. huhu best jgk

    ReplyDelete