Apa khabar semua? Semoga selalu berada di bawah pemeliharaan Allah. Moga Allah pelihara kita sentiasa mengikuti petunjuk yang benar, memelihara kesihatan kita agar mudah beribadah, memelihara hati kita agar khusyuk menghayati kasih sayang-Nya..
Lame kan kite tak jumpe kat sini? ^__^
Saya terpanggil nk hidupkan balik blog ni atas galakan beberapa org kawan. Ada yang mintak lukisan bercerita ni terus bercerita, ada yang doakan saya jadi selebriti komik, dan tak kurang jugak ada yang berdiri kuat di samping saya terus memberi galakan agar saya meneruskan dakwah melalui medium ini,
Untuk permulaan semangat ini, jom kite teriak yosssshhhhhhhhhhhhhh!!!!! hehe
So, ini lukisan saya untuk semua.
Saya suka alam. Alam banyak nasihatnya. Pendek kata, Allah lah yang sebenarnya nasihatkan kita tu. Nasihat dalam lukisan ni ialah padi. Orang selalu antonimkan padi dengan lalang kan?
Orang kata, padi makin berisi makin tunduk.
Sedangkan lalang pulak selalu mendongak kosong.
Orang2 yang berilmu juga, kalau punya taqwa di dalam hati, bila makin tinggi ilmunya makin tawadhuk pula perilakunya, Ada banyak kisah dan sirah menceritakan tentang tawadhuk. Dan banyak juga kisah tentang orang2 yang takabur dan rasa ujub diri. Untuk jadi seperti padi, maka kenalah kita menuntut illmu yang boleh membuatkan kita rasa tawadhuk.
Antara ciri-ciri orang tawadhuk:
- Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
- Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
- Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
- Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang dia miliki kelas tersendiri.
- Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
- Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
- Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
- Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
- Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
- Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
- Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Okelah, itu je dulu setakat ni. ^__^. Doakan saya ye. Saya nak sharing2 lagi lain kali
Terima kasih atas nasihat yang diberikan.Amat berguna bagi semua manusia yang sentiasa dahagakan cinta ALLAH.
ReplyDeleteInshaallah, same2.. :)
ReplyDeleteThose are so youu akak wuwu. Jzkk for the nice sharing ;) akak lukis la lagi cecantik, suasana alam camtu. Cantikk, jatuh cinta luls
ReplyDeleteOwh cik asfa dtg cni. Inshaallah ukhti. Jazakillah :)
ReplyDeletepekabor kak
ReplyDeletebaik ubai :)
ReplyDelete