Saturday, April 28, 2012

Cuba Jujur dengan Allah

Assalamualaikum. ^__^
(terfikir nak share lukisan ini dengan semua. alang-alang dah diminta oleh Muhammad Hakeem)

"Kak, macam mana ye nak nangis waktu tahajud? Dah try banyok kali doh, tak jadi-jadi"

Kui kui. Masa saya dengar soalan ni, saya rasa nak tergelak. Terbayang usaha dia masa nak kuakan air mata Hinshh hinshh :p. Ape pun, selepas itu saya begitu teruja dengan jawapan yang dilemparkan oleh sahabat saya..

"Kadang-kadang ketika berdoa, kita tidak jujur dengan Allah. Kita tak cerita tentang dosa-dosa kita depan Allah dengan spesifik. Bila kita mengadu dengan manusia, banyak perkara kita terpaksa cover, tapi depan Allah inya-Allah Allah akan tutupkan aib kita. Cerita sahajalah begini contohnya, "Ya Allah..tadi aku bermaksiat ya Allah, aku buat begitu dan begini ya Allah. Aku sangat lalai..Maafkan aku ya Allah.. Kita ini kadang-kadang berdoa sekadar membaca. Tahajud sekadar solat sekejap kemudian cepat-cepat tidur."

"Allah itu bukan tidak tahu apa yang kita buat. Perkara yang terselindung jauh di lubuk hati kita pun Allah tahu. Cuma Allah mahu tengok hamba-Nya mahu cerita atau tidak, mahu mengaku atau tidak. Cubalah lebih jujur, insya-Allah akan lebih mudah menangis di hadapan Allah."

:) senyum. Kata sahabat saya itu memang benar. Marilah..kita cuba jujur dengan Allah... T_T

9 comments:

  1. :) rindu nak melukis
    perbaiki diri

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah .
    sebak tgok gmba nih.
    jumpa jugak gamba nih .
    syukran sesangat :)

    ReplyDelete
  3. hm...betul...jujur is important..
    kdg2 sy pasang lagu sentimental or zikir time doa tuh...hehe..ada suasana..lagi cpt nanges...:'(

    ReplyDelete
  4. Penceritaan dosa-dosa itu sekadar ingin hadirkan emosi ketika berdoa. Tapi sebenarnya kita x perlu pun isytihar dosa - dosa kita, kan? =)

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TCPpAbz5whk

    ReplyDelete
  5. a'a. tak perlu isytihar melainkan jika kita buat salah ngan manusia yg memerlukan kita mintak maaf dgn dia. kalau kita wat dosa ngan umum, kne mintak maaf secara umum dgn ngaku salah tersebut.

    sebolehnya, rahsiakanlah aib sendiri.

    ReplyDelete