
Niqob, purdah, tudung, burkha, hijab dan apa sahaja istilahnya, itulah teman setia kita. Secebis pakaian yang Allah firmankan akan membezakan kita dengan wanita-wanita yang tidak beriman dan menjauhkan diri dari gangguan laki-laki.
Pakaian itu kah yang membuatkan kita terpelihara dari kejahatan nafsu?
Tidak.
Bukan pakaian itu.
Tidak.
Bukan pakaian itu.
Kita sendirilah yang meletakkan takrif hijab itu. Kita hijabkan aurat kita dari pandangan orang yang tidak layak melihatnya, namun hati kita seringkali gagal dihijab. Ketika nafsu muda kita tertarik dengan keindahan seorang lelaki, kemanisan kata dan pekertinya, hati kita dibuka dengan lapang untuk dicicipi. Kan ku serahkan jiwaku untukmu hai belahan hatiku. Auratku? Masih ku pelihara insha-Allah... Apakah ini? Tipuan dunia kah? Seakan sama sahaja si hijabi atau si niqobi dengan perempuan-perempuan yang lainnya.
Saya tahu cabaran ini besar. Kerana peluang hijab hati untuk dibuka sangat banyak dan halus. Bukan lagi dari tepi-tepi jalan atau luar rumah. Tapi dari dalam rumah sekarang ini. Dari email, sms, instant message, reply2, like2, share2 dan sebagainya.
Camne nak hijab hati? Bukan hijab hati dari hidayah dan taufik ni tau. Tapi hijab hati dari rasukan nafsu dan kelentongan syaitan. Caranya kita cepat-cepat istighfar dan tinggalkan kelalaian yang berlaku. Untuk lebih baik, hijabkan ruang-ruang yang boleh menarik kita kepada tipu daya tadi. Tutup rapat-rapat dan jangan selak lagi. Oke?
Wallahu'alam.
Saya sayang mukminah.
p/s: oh yer, tutorial penghasilan atweks kat atas ni akan menyusul kemudian. Salam Aidil Adha.

9 comments:
oke!^___^
nice writing..
terbaekkkk.. akak nak pakai niqob ke?
awak plak dr muhajidah?
salam ceria, teruskan berdakwah ..mintak izin share ....=)
sure
assalamualaikum.
terbaikk! time kasih sbb post such entri mcm ni. blog ukhti kiut juge.
ukhti, may ALLAH bless u. ukhuwah fillah.
waalaikumsalam wbt.
sebenarnya kebanyakan post yg sy tulis byk utk diri sendiri.
mekaseh doa.
Assalamulaikum =)
Entry yg sg sgt menarik n pic yg sgt indah.
Mohon izin copy paste, bleh?
Waalaikumsalam wbt,
silakan ya abu wafiy
Post a Comment