Monday, September 26, 2011

Cita-cita Kita

Maaf, saya sempat sketch je. Belum kaler lagi. Nanti lapang insya-Allah saya kaler ^_^ .
Dipersilakan kaler juge pada sape-sape yang sudi..


Mari hayati lirik di bawah. Kalau saya, kamu dan kita semua ada cita-cita begini, bermakna kita sedang berada dalam satu jemaah. Jemaah yang memenangkan Allah dan Rasulullah, dan memenangkan orang-orang yang sama-sama berbuat kebaikan dan sama-sama membuat persiapan sebelum mati. Dan amat penting sekali kita sama-sama tidak akan memenangkan nafsu dan syaitan. Siapa ingin sertai jemaah ini? (Serius)


Nun di sana cita- cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedar

Nun di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatilah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

NADA MURNI

6 comments: