Thursday, August 4, 2011

Kenapa masih freshie dari dulu hingga kini?

Allah menguji aku,
Dalam setiap inci percaturan hidupku,
Apakah dakwah atau kesukaan diri yang ku utamakan?
Direnggut-renggut simpulan hati ini,
Bilakah nak sudah?
Tak sudah-sudah!

Masih tersimpul dan diikat mati,
Masih berkocak jiwa,
Masih kedekut mengalah,
Masih berkira-kira dengan petunjuk Allah,
Masih takut-takut lagi,
Blur-blur lagi,
Masih lagi freshie,
Dari dulu hingga kini,


Tergumam.

Frust.



freshie
2006 - 2011

5 comments:

  1. Dear freshie,

    Sesungguhnya anda adalah antara orang-orang yang bertuah kerana masih ada kesedaran untuk berubah berbanding dengan orang-orang yang tak fikir pun untuk berubah. Maksud saya, ubah imannya. Bukan ubah kekayaannya, ubah penampilan dirinya kepada lebih stailo, ubah kekuasaannya kepada lebih berkuasa. Kita tidak mahu semua tu, tetapi berubah yakni menambah amalan pahala sedapat mungkin. Umur makin pendek.

    Saya pun sedari dulu tercari-cari cara bagaimana mahu jadi soleh, bagaimana caranya hendak ubah kepada kehidupan soleh. Namun, di dalam tercari-cari, masa berjalan sudah lebih dari 10 tahun. Tapi apa pun tak diubah lagi. Kerana itu, bila terdetik sahaja rasa nak berubah, mulakan dari saat itu terus. Bukan berfikir-fikir. Memenung-menung, mencongak-congak, mencari-cari caranya dengan terlalu lama.

    Iman semua orang bermula dari freshie, sebelum berubah menjadi intermediate, kemudian menjadi profesionalis iman. Profesional handle iman sendiri. Lihat benda baik, support. Lihat benda buruk tegur dan halang, cegah dan sekat, tolak dan hapus. Akhirnya keprofesionalan iman menyekat kemarahan dalam hati, melumpuhkan daya nafsu kepada dunia, memijak-mijak keinginan al-wahan seterusnya profesional dalam memandu hidup ke sisi Ilahi. Cakap memang mudah. Teori memang mudah. Tapi tanpa cakap mudah dan teori, praktikal tidak akan wujud.

    Matlamat hidup. Sedari freshie, matlamat asas orang Islam adalah mengenal Allah. Itulah matlamat dari awal sampai akhir. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak takut. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak taqwa. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita seronok berlenggeng tidur berbaring selesa ke kanan ke kiri. Kita hanya tahu Allah itu ada, tetapi kita tidak pernah pedulikan yang kita diperhatikan Allah setiap masa dan ketika. Kita perasan kita hidup bebas dengan matlamat duniawi sendiri. Matlamat nak hidup selesa, matlamat nak beranak-pinak, matlamat nak study tinggi-tinggi, matlamat nak bina rumah mewah, matlamat nak menguasai dan tidak mahu dikuasai. Sebenarnya, bila kita perhatikan itu bukanlah matlamat. Itu hanyalah kehendak dan keperluan. Jika dikatakan keperluan pun saya bimbangi ianya tidak tepat, tetapi lebih kepada kehendak dan nafsu semata-mata.

    Petunjuk Allah itu jelas. Cari redha dalam rasa hamba. CariNya dalam rasa hamba. Cari taqwa dalam rasa hamba. Cari takut dalam rasa hamba. Jelas sekali Allah mahu kita tunduk, tunduk mengalah padaNya sebagai hamba.


    Sekadar komentar ringkas. Dari seorang hamba.

    ReplyDelete
  2. yelah.. nafsu gile. gile nak menang. nak berubah pun nafsu masih jadi juara. nak mule langkah pertama je, nafsu cube potong perlumbaan. bile cube bulatkan tekad, rasa sakit. nafsu potong lagi. cube lagi. nafsu potong lagi. argh. rase nak bunuh je nafsu. Tapi tak boleh.

    Terima kasih. mmg ringkas komentar tu.

    ReplyDelete
  3. haha. 'ringkas'la sangat. ada yang berkenan kot...

    ReplyDelete
  4. saya mengambil pesanan ringkas saudara syabab itu insha-Allah dari sudut isinya. dan sy sgt berkenan dgn isi tazkirah ringkas di atas. cari taqwa dalam rasa hamba. masih terngiang-ngiang sampai ke hari ini. bermatlamatkan hidup utk mngenal Allah. masih sy fikir, kat atas motor, dlm kereta, waktu berjalan, waktu berbaring etc.

    Kata Anonymous betul, ada yg berkenan. Ya, sayalah yg rasa berkenan tu.

    ReplyDelete