Sunday, January 30, 2011

Ukhwah fillah Abadan Abada 2

Salam. Berjumpe sekali lagi -_-

Ini cubaan menulis kali kedua memandangkan karangan di bawah sedikit terpesong dari tajuk asal. Maaf cikgu BM... >_<

Merujuk kepada perkataan Ukhwah Fillah, ia bermaksud berukhuwah kerana Allah. Kemudian ditambahkan dengan ayat penyedap Abadan Abada di belakang, bermaksud selama-lamanya. Sungguh ukhuwah itu memang bersifat selama-lamanya. Seperti ukhwah Abu Bakar dan Rasulullah, seperti mana ukhuwah kecintaan Rasulullah kepada kita, begitulah sifatnya, tida had masa, bangsa, umur bahkan jantina.

Adakah saya ada kata laki dan perempuan tidak boleh berukhuwah? Juga tidak. Kan saya sudah kata ia tiada had. Tapi yang silapnya, ramai yang salah ngerti dong maksud tiada had ini. Ukhuwah itu adalah satu hubungan yang suci. Ia tidak boleh dicemarkan dengan gathering dan makan-makan yang begitu bebas. Bahkan janganlah mengekspresikan ukhwah itu dengan mengambil gambar ala-ala power rangers islamik. Power ranger pink di sebelah power ranger hitam, power ranger kuning, biru, coklat semua campur-campur. Maaf kalau penulisan saya ini ada mengguris hati anda. Saya cuba berkias, selebihnya fahamkan sendiri.

Pada saya, seseorang muslimah itu bila merasakan ukhwah kepada saudara perempuannya, eloklah meluahkan. Kalau saya, saya sukar meluahkan, tapi jauh di sudut hati saya amat menghargai perhubungan itu. Ia satu perasaan yang selalu membuatkan air mata saya tumpah dalam diam-diam. Namun, kalau kamu rasakan ukhuwah kepada seorang lelaki, kalau kamu katakan 'Ukhwah Fillah' kepadanya boleh, tapi adakah perlu mesej secara direct kepada dia? Hoho kalau buat begitu nanti akan jadi seperti Puisi Tak Aci yang kat bawah tu. Kita berukhuwah adalah kerana kesatuan fikrah. Kita sama-sama faham apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata, tiada mengharap imbalan dunia, mahu glemer dan sebagainya. Namun, hanya orang yang memerhati dan lurus fitrahnya sahaja yang akan merasakan perasaan itu tanpa perlu diucapkan.

Ukhwah ini sangat dalam dan membekas. Tanpa perlu digembar-gemburkan dalam forum dan program makan-makan pun tak mengapa. Asalkan kita buat kerja sama-sama. Ajak orang sama-sama dekat dengan Allah, sayang Rasulullah, rindu dengan tarbiyah islam dan ajak orang ikhlas sama-sama. Bila kita sudah mula berjuang atas satu hala tuju yang jelas, barulah kita boleh claim kita berukhuwah. Hala tuju yang jelas itu sudah tentunya ke arah akhirat. Kalau ke arah dunia atau ambil separuh-separuh, itu bukan 'fillah' lagi kawan-kawan... itu pigi dah..!

Wallahu'alam, moga karangan ini dapat 'A'. 'A' for Akhirat^_^

6 comments:

  1. "Kalau ke arah dunia atau ambil separuh-separuh, itu bukan 'fillah' lagi kawan-kawan...itu pigi dah..!" =)

    klu istilah ukhuwah di salahgunakan, jadi la kapel ala2 islamik (kunun)~

    "eh, kami kuar mkn je"
    "laa, kami study sama2 je..bkn buat pape pon"
    "cinta+sayang itu fitrah..lagipun insyaAllah kami dpt mengawal nafsu, kami xkan termakan hasutan syaitan, kami x kan melakukan benda2 haram n di larang"

    alasan piawai yg slalu digunakan oleh pengkapel2 so-called islamik.

    ya, cinta+sayang tu fitrah..bkn anti-cinta tapi ty diri sndiri..jujur pd diri sdiri..r sure bleh lwn hasutan+bisikan syaitan bila berdua (tnpa ikatan yg sah)? ty skali lg..r u sure??!!klu boleh, baguslah..alhmadulillah~

    saya? honestly, x boleh punye~ wpun x buat benda2 terlarang (nauzubillah), tapi zina mata, zina hati (sy pon x sure zina hati tu mcm mana)?

    ps: laki+ppuan,time ukhuwah (disscussion, study group, sms, chatting etc) tu, bila terdetik zina mata ke, zina hati ke, klu bleh cuba pause kejap, mintak diri+elakkan diri..dgn cara yg berhikmah..sbb kita ni manusia, xkan terlepas dri melakukan kesilapan <--- pesanan utk diri sendiri..uhuk!

    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Namun tidak dinafikan mereka yang berjuang di jalan dakwah juga manusia yang lemah, terpengaruh perasaan. Namun ia juga bukanlah alasan untuk terus membiarkan diri lemah terlarut dengan perasaan. Maka di situlah mujahadah perlu memainkan peranannya. Kerana demi meraih redha-Nya, tidak hanya harta perlu dikorbankan, bahkan nyawa, apatah lagi perasaan.

    Semoga semua pejuang dakwah mencapat tahap keimanan sempurna dan diberi rezeki oleh Allah untuk menapaki jalan-Nya dengan hati yang hanya menginginkan redha-Nya.

    Amiin...

    ReplyDelete
  3. freshie, ukhuwwah fillah abadan abadan 'ala tuul.

    ReplyDelete
  4. siapa-siapa sahaja sukar untuk terlepas daripada masalah hati. selagi tidak mengambil pendekatan 'menundukkan pandangan' seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, memang payah nak kasi hati jadi taat dengan Allah.

    Moga Allah mengampunkan kita semua..

    Anonymous, saya hargai ucapan kasih sayang itu dengan ucapan Terima Kasih.. kalau mahu lebih, kena bersemuka dengan saya (^^,)

    freshie

    ReplyDelete
  5. Perumpamaan yang mudah untuk ukhuwah adalah, seumpama gula yang menjadikan teh manis, walaupun gula tak nampak kerana sudah cair dalam air teh, tapi kemanisannya itu terasa.

    Begitu juga ukhuwah fillah, ia perlu dinyatakan kepada sahabat atau saudara, namun pernyataan yang paling berkesan bukan hanya melalui perkataan, tetapi perbuatan, walaupun tidak dicakapkan dimulut, namun terasa manisnya ukhuwah itu....

    amaat

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang gula yg termendak nampak jugak. sebab air tak cukup panas atau tak sempat nak kacau habis. yela, tak sabar-sabar nak minum. (ni bukan kiasan. ayat biasa je ni. jgn perah otak kok)

    ReplyDelete