"Hidup senang itu tak perlu diajar. Memang akan pandai sendiri. Yang perlu diajar ialah macam mana nak hidup susah"
Inilah kata-kata bermakna yang pernah dituturkan oleh seseorang kepada saya.
Haa.. komik, komik ( ilham idea dari cerita Sang Murabbi. Selamat menghayati)
Ujian kesenangan itu lebih bahaya. Setuju tak?
Hmm..pernah saya terfikir dan berhajat, nanti kalau saya kahwin biarlah dengan orang yang tahu macam mana nak ajar saya hidup susah. Bahkan adalah besar harapan saya supaya suami saya nanti ialah seorang lelaki yang takkan mengajar isterinya hidup bermewah-mewah. Bunyinya macam bodoh kan? Tapi itulah yang saya rasa. Kaya itu tak mengapa, tapi yang kaya itu Islam, bukan saya atau keluarga-keluarga saya.
Untuk kawan-kawan yang amat saya prihatinkan, marilah kita jadi kaya, jadi maju, jadi berpelajaran tinggi, jadi sofistikated, jadi canggih, jadi orang-orang penting dan yang sewaktu dengannya,
namun masih kekal tawadhuk, masih tidur di 'lembek' (tilam) yang sederhana, makan pakai seadanya, makan pakai anak-anak, suami/isteri juga nanti biasa-biasa saja, kenderaan juga bolehlah lepas bawak anak ke sekolah dan balik kampung. Di sisi lain, kereta dakwah kita canggihkan, ekonomi dakwah kita suburkan, rumah dakwah, chalet dakwah, tanah dakwah, hotel dakwah, sekolah tarbiyah, hospital, pasaraya islam kita majukan semaju-majunya!
Ameen ya Rabb. Aku hanya mahu menjadi hamba. Kalau hamba-Mu ini dihinakan manusia hanya kerana ingin menjadi hamba-Mu, tak mengapalah ya Allah. Pernah ku dengar firman-Mu bahawa kalau aku diuji dengan kesusahan, tak bermakna Engkau menghinakan aku kan ya Allah? Manakala kalau aku diberi kesenangan juga tak bermakna Engkau memuliakan aku... Wallahu'alam
Yang makin beransur-ansur sembuh,
freshie

Semoga terus menjadi hamba..
ReplyDeleteYang makin beransur-ansur sembuh,-Freshie sakit apa?-
masyaAllah...monyet kalo jatuh pokok kelapa dia tak mati...malah dia makin bersemangat panjat lagi..
ReplyDeleteumair> sakit yang sangat menyeksakan di dalam dunia iaitu sakit iman
ReplyDeletedee> a'ah. tp adakah semua monyeta begitu?
Mmg, manusia kalau susah maka time tu dia ingat Allah, namun bila Allah menghilangkan kesusahan tu, dia berbuat seperti tidak pernah ingat pada Allah.
ReplyDeleteManusia, bila senang dan selesa jarang nak meninggalkan balik kesenangan dan keselesaan yg sudah dikecapinya, tak seperti sahabat (r.anhum), yg selesa dan kaya menjadi miskin dan sengsara, namun bahagia kerana mendapat cinta dari Allah.
amaat
Rasulullah itu juga kaya kan sebenarnya.. tapi sederhana sahaja makan pakai dan tempat tidurnya.
ReplyDeleteUmar itu juga bukannya orang yang tak pandai buat duit. Tapi pakaiannya ada 3 helai sahaja.
Berada lama dalam kesusahan itu nampak menyeksakan, tapi sebenarnya tidak bagi org yg ada hubungan cinta kuat dgn Allah
ya..
ReplyDeletecarilah kekayaan yg sebenar itu...
drpd Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda:
"bukanlah kekayaan itu dgn banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
entri yg paling kena dgn ana...
ReplyDeleteteringat crita akak freshie pasal menunggang motosikal..
ana doakan akak freshie kuat dan tabah...
oo..sape anonymous y kat atas ni? ehehe.
ReplyDeletejazakillah~~
terkena juga,..
ReplyDelete..yang perlu kaya itu islam.. bukan kita!