Monday, December 6, 2010

Jangan Malu-Malu Kucing


Huhu. Buat penduduk bumi sekalian. Toksah malu lagi nak berdakwah, toksah malu bawak penampilan Islam yang indah di depan mata kawan-kawan kita yang banyak melagho. Kita belek surat khabar, tengok majalah, nengok TV semua macam-macam mende yang tak patut telah dipromosi dengan hebatnya.

Zina? Arak? Judi? Tengok jelah cite mat saleh, cite jepun, korea, hong kong, hindustan dan sebagainya. Kan terang-terangan menunjukkan cara-cara melakukan perkara haram tersebut. Tapi itulah yang membuat kepala saya hairan, orang kita kalau tengok orang kapel pegang-pegang kat taman akan kate "Ee..maksiat"
Tapi kalau tengok movie yang ada scene yang lebih teruk daripada tu, oke plak. Dah kenapalah kompius sangat pemikiran orang kita ni.

Makanya, jangan konfius lagi. Dakwah dah jatuh hukum fardhu ain buat kita semua. Kita telah diserang dengan dahsyat dari sudut pemikiran. Apa lagi duk malu-malu meow kat situ..

12 comments:

  1. Owh, dahulunya saya malu. Sebab tak tahu macam mana nak berdakwah. Tapi kini dah boleh berdakwah. Melalui kurniaan yang Allah bagi, iaitu bakat. Grafik, lukisan.

    Walau hanya secalit dakwah yang mampu kita sampai, Allah tetap mengira amalan yang kita lakukan.

    p/s: Teringin nak jadi pendakwah hebat macam yang kat luar sana. Tapi tidak cukup ilmu. Jadi, gunakan bakat yang ada untuk berdakwah. Tak perlu tunggu berilmu tinggi baru boleh berdakwah.

    ReplyDelete
  2. thahar> ye thahar. Allah memang mengira amalan kita walau kecil mane pun. tapi takkan nak jadi kecil selama-lamanya. Bercita-cita tinggilah.

    meo> yelah, nak celen blog meo

    ReplyDelete
  3. ya, memang itu realitinya. Ramai orang hari ini berfikir nak berubah, dan nak ubah semuanya, jadi tidak ramai yang bersedia untuk berubah secara drastik, hilang kawan-kawan, hilang pengaruh. Pelan-pelan kayuhnya kawan. Kerja dan amal yang sedikit tapi konsisten dan sedikit itu amat Tuhan sukai berbanding ilmu yang ada banyak, tapi langsung tidak diamalkan. JOMM SAHUT PANGGILAN INI, letakkan rasa malu itu hanya pada tempatnya.

    FRESHIE, Idea ini Kreatif. Tajam menikam. BAGUS.
    Saya pasti ada impaknya. Karya yang baik adalah yang mampu membangunkan manusia.

    Pernah dulu saya teringat seorang usahawan 'frozen food' sepasang suami isteri pengusahanya.
    Saya akan ingat dan akan ingat sampai bila-bila, isteri dia yang tidak memakai tudung berkata begini :
    " Saya memang tak pakai tudung, sebab ada sebabnya. Saya juga tidak galakkan anak-anak saya memakai tudung, sebab bagi saya tudung itu akan membuat kita tidak boleh bergaul dengan orang lain, kita akan ketinggalan, dan tidak mampu pergi ke peringkat global" Saya tergamam. Sedih pastinya. Ini kisah benar. Istighfarpun saya tidak mampu.

    Sungguh kolotnya pemikiran mereka. 'Actually' mereka ni juga memang rapat dengan kroni menteri-menteri yang 'gah' namanya.

    Hingga hari ini, saat ini saya memikirkan mungkin rata-rata Isteri menteri-menteri dan pemimpin kita punyai mentaliti JUMUD dan kolot sebegitu. Perkara ni betul-betul membakar saya untuk buktikan pendapat dia silap. Apapun, saya tidak pernah berhenti mendoakan agar Allah kurniakan gerak hati atau satu pengajaran yang akan buat dia berubah pemikiran. Sayanglah jika pengusaha melayu kita begitu pemikirannya. Saya betul2 terkesima dan ia betul membekas dalam hati saya.

    Just for sharing. Wassalam

    ReplyDelete
  4. Oh freshie, letaklah nama kamu pada karya ini. Sesungguhnya rindu.org tidak memaksa kamu meletakkan cop rindu.org di situ.. apepun, nice artwork..ada peningkatan...

    ReplyDelete
  5. salam

    ijja>takkanla istighfar pun xmampu ijja..ush ush..
    ye sudahlah geng2 yg tanak pakai tudung dan siap berdalil ikut kata hawa nafsu tu. ni yang dah pakai tudung, sopan lagi muslimah penampilan ni. dah kenape segan2 lagi nak berdakwah?

    rusydee>jangan risau. saya meletakkan link rindu.org sbb sy rase tergerak hati nak buat camtu. memang rindu tak pernah memaksa, saya buat dgn sukarela, bahkan merasa lebih bersemangat berkarya dgn kewujudan rindu.
    kalau perlu saya letak iluvislam.com supaya karya sy tersiar kat situ, saya pun akan letak. yg penting mesej saye sampai kat orang. itu je. setakat tukar-tukar link, mungkin akan memberi kesan kpd komuniti di mana saya terlibat tu, tapi sy lebih suke untuk tak menghadkan penyebarannya kepada orang-orang di luar komuniti yg tak tau pape.

    ReplyDelete
  6. Freshie.. Bukan tak mampu istighfar, pembetulan, Dengan melafazkan istighfarpun saya tidak mampu meredakan perasaan saya masa tu, rasa memang dah marah masa tu, dan dalam masa yang sama berfikir mungkin juga otak beliau didoktrin kuat dengan fahaman camtu sampai jadik keliru.

    Teringat lagi masa tu dorang buat event nak p mandi2 kat sunway, selamba suruh staff dia setiap orang beli baju mandi. Semua diwajibkan pergi. Saya jumpa dia, dan saya bagitau xdapat ikut, dan tak ikut. Boleh dia cakap kat saya :
    "Kita tak boleh malu-malu, bukannya buat apapun kan, mandi je"
    Uish..sedap mulut bercakap, tak buat apa-apa, mandi sah-sah bercampur lelaki dan perempuan. Islam tidak melarang untuk berenang, tapi dengan cara yang bagaimana? kalau dah sah. terang dan nyata macamtu kenyataannya, takkanlah nak 'join' juga kan.
    Saya jawab"Minta maaf puan, saya memang takkan ikut, Saya bukan malu pada manusia, tapi saya malu pada yang diatas,"

    Banyaklah benda kami tak sealiran. Alhamdulillah saya dah tinggalkan tempat tu, ramai juga yang dah quit dari tempat tu.

    Memang mencabar..jadi malu biar bertempat.

    ReplyDelete
  7. akak...bersemangat rasanya..lukisan yang punya ruh...

    ReplyDelete
  8. Huhu. Hanya Allah yang memberi ruh dan mengambil ruh. Dia sahaja Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. astaghfirullah.. kalau ssuatu lukisan itu dirasakan ada ruhnya, itu tandanya Allah yang mengurniakan ruh tersebut ke dalam hati kita. saya berlindung dgn Allah moga tak merasakan ruh itu dtg dari lukisan yg saya lukis. huhuhu

    ReplyDelete
  9. saya masih cuba sedaya upaya utk letak malu pd tmpatnye...kerja dgn org tak paham hukum hakam, bnyk cabarannye...;)

    mohon copy artwork freshie dlm blog saye...tq..;)

    ReplyDelete