Sunday, June 6, 2010

Jangan Marah Kalau Aku Kata IQ mu di Perut

Bila perut yang tolong fikirkan untuk tuannya,

Tuan: Perut oh perut, patut tak aku boikot Coca-Cola tu,
Perut: Tuan ni budus ke. Tuan minum je la Coca-Cola tu, sedap gila tu tuan..Gila pun tak sedap macam tu. Takyah terpengaruh la dengan cakap budak hingusan tu. Nanti kalo tuan boikot, orang-orang yang keje kat kilang Coca-Cola tu susah la nak cari makan. Orang-orang melayu kite tu tuan..
Tuan: Perut, kau memang bijakla. Nanti aku besarkan kau lagi.

Hah! Perut tolong pikirkan. Ish ish..

Matlamat hidup perutan:
Makan sedap, rumah besar, kereta mewah, kerja gaji besar, bini lawa, simpanan bank juta-jutaan, tanah berekar-ekaran. Kalo boleh nanti mati, tuh harta-harta nak sumbat masuk dalam keranda sekali. huhu.

Bila perut berfikir, akal akan campak ke tepi.
Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.” (Surah Al-Anfal: 22).

Sesungguhnya mereka itu bagaikan binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf: 179).

Glup glup, dunia memang sedap kadang-kadang tu. Tapi kalau kita usaha mati-matian untuk dapatkan dunia semata, nah tengokla nanti kat akhirat tak dapat satu apa pun.

Perhatikan ayat ini (Surah As-Syura 42:40)
Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.

Antara Perut dan Timbangan Amal kat akhirat nanti, mana satu kita nak penuhkan. Haa..pilih sendiri.

Buta mata buta hati betullah kalau tengok sedare seislam teruk kena bantai tapi kite bleh makan McD dengan begitu selera sekali. Tok cagho lasung oghe laing susoh nok idup! Ok dah. cukup-cukup. Takut terkeluar ayat-ayat kasaq plak. Sekian..

p/s: Blog lukisan bercerita ni dah bertukar sikit. Berapa kali dah asik freshie je yang bercerita. Maafla ye..(~__~)

4 comments:

  1. boikot.. -_-
    untuk palestin

    ReplyDelete
  2. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Terkadang terfikir siapa yang punya hak untuk memilih akal @ perut?

    ReplyDelete
  4. teringat ada ustaz penah bagi ceramah kat kolej saya dulu, "tanya diri sendiri, boikot sebab akidah ke sbab ikut trend?"

    anyway, ini satu artikel menarik
    http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/

    ReplyDelete