Thursday, May 13, 2010

Ku sedih kerana mengenangkan ini...

ENGKAU ingin memperjuangkan Islam
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu

Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu

Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?

Engkau hayati lebih dahulu

Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran

Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu

Islamkanlah diri lebih dahulu

Sebelum meng-Islamkan orang

Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya

Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya

Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu

Orang akan melihatnya

Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual,
orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan,
keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya


Sajak Ashaari Muhammad. Al-fatihah buat Allahyarham..

6 comments:

  1. tersentuh membaca sajak ini.. termenung seketika..

    ReplyDelete
  2. Surah As-Saff ayat 2-3 maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
    Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

    P/S: Lagi sekali.. Lukisan tidak bercerita. Freshie yang bercerita.. Freshie sudah berubah angin? Huhu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih thahar. mmg ayat iu buat hati kita rasa bergetar ketakutan. tapi walau mcm mana pun, walau diri masih blum mampu tinggalkan semua kemungkaran dan masih blum mampu buat semua kebaikan, kita tetap kena amar makruf nahi mungkar. sama-samalah terus usaha tingkatkan kemampuan.

    p/s: freshie dia tak dan nk lukis. jadi die tulis sbb die nak sampaikan jugak ape yg die fikir walau apa cara.

    ReplyDelete
  4. Ada orang yang belajar agama, kadangkala menggunakan ayat ini untuk memberinya 'lesen' supaya tidak mengajak orang kepada maaruf.
    Takut dibenci Allah katanya. Sebab dia pun buat benda-benda mungkar tersebut.

    Jadi, sampai bila mahu berdiam diri sahaja dan terus bergelumang dalam dosa? Syaitan dah berjaya mengelirukan dia dengan ayat ini. Seronok syaitan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Yes u r rite.
    "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat...”
    (At-Taubah:41)

    ReplyDelete